Sunday 21 December 2014

5 sebab kenapa saya suka tanam sayur sendiri


Sekarang ni, menanam sendiri sayur-sayuran dan jadi trend. Sana-sini ramai yang berkongsi pengalaman dan kegembiraan sepanjang usaha menanam sayur – daripada menyemai benih, membuat batas, hinggalah menimbang sendiri hasil tuaian di dapur.
Berkebun memang kegemaran saya sejak berumur 8 tahun. Waktu itu, saya hanya pandai menanam daun setawar dan membantu ayah menjaga kacang hijau di tanam belakang rumah.


Ada 5 sebab kenapa saya suka menanam sayur-sayuran sendiri:


1. Harga lebih rendah.
Tak dapat dinafikan menanam sendiri sayur amat menjimatkan. Sebungkus kecil benih kalian berharga tak sampai RM3, tapi boleh tuai berkilo-kilo. Kalau tanam kangkung, hanya perlu cantas sebanyak mana kangkung yang hendak dimakan. Tak perlu dicabut, nanti akan tumbuh semula selama mana kita menjaganya. Kadang-kadang sampai 5-6 cantasan. Jimat kan?

2. Bebas bahan kimia berbahaya.
Siapa boleh pastikan sayur yang kita beli bebas daripada racun, hormon sintetik dan baja kimia berbahaya? Dengan menanam sayur sendiri, kita boleh kawal apa yang kita berikan kepada tanaman. Sudah tentu sayur yang kita masak dan makan bebas toksin.


3. Kesegaran dan khasiat terjamin.
Tahukah anda, selepas sayuran dan buah dipetik, kandungan gula dan nutrisi di dalamnya akan menurun? Semakin lama masa, semakin kurang manis dan kurang berkhasiat sayur dan buah tersebut.

Bayangkan memetik sayuran di belakang rumah dan terus dimasak. Sudah tentu rasanya lebih segar dan enak berbanding sayuran yang dibeli. Entah berapa lama terbiar selepas dipetik.

4. Seronok!
Bagi saya, berkebun ialah aktiviti mengisi masa lapang yang sangat menyeronokkan. Kawan-kawan kaki kebun saja yang faham, betapa sanggupnya saya turun berkebun walaupun sudah penat seharian, atau tak cukup tidur. Berkebun meredakan stress dan buat saya tenang. Saya amat suka berkebun. Meluangkan masa 4 jam sehari di kebun, rasanya tak cukup!


5. Senaman tanpa sedar.
Melayan sayuran dan bungaan di kebun dan taman memang seronok sehinggakan kita tak sedar bahawa kita sebenarnya sedang melakukan senaman. Aktiviti berkebun memerlukan kita menggunakan kesemua otot – kaki, punggung, tangan, bahu, leher, belakang badan dan abdomen.

Mencangkul, contohnya, memerlukan saya untuk menggunakan otot abdomen dan tangan. Rasa seperti baru balik daripada senaman di gym! Terasa tekanan di otot akibat kerja mencangkul.
Selain menguatkan otot badan, berkebun juga membakar banyak kalori.



Menanam sayuran sendiri bukan semata-mata untuk sayurnya, tapi faedahnya merentas jauh daripada kesihatan diri hinggalah ketenangan minda. Cuba ceburkan diri dengan aktiviti berkebun, siapa tahu anda akan jatuh cinta bermain dengan tanah?

4 comments:

  1. Ala jeleslah org ade tanah ni.. Ade idea x tanaman utk org yang dok umah flat mcm saya ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je tanam sayur sawi, bayam, salad atau kangkung dalam pasu. Kalau pasu kecil, kena rajin beri baja sebab kandungan baja cepat habis.

      Delete
    2. KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT

      Swietenia Atau pun dipanggil buah tunjuk langit merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772).

      3 BAHAN AKTIF PENTING

      FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

      SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

      BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

      Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

      Mengurangkan tahap gula dalam darah
      Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
      Memperbaiki kelancaran peredaran darah
      Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
      Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
      Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

      Fungsi-Fungsi Utama Saponins
      Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
      Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
      Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
      Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
      Melancarkan sistem saluran pernafasan
      Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
      Memperbaiki sistem peredaran darah
      Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
      Mengelakkan kemabukan dan keracunan
      Mententeramkan fikiran dan otak

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete