Monday 15 February 2016

Bagaimana saya mula menanam bunga raya menggunakan biji.

Tahukah anda kita boleh tanam bunga raya daripada biji? Agak ganjil bukan? Selama ini kalau kita nak semai bunga raya, biasanya kita akan guna keratan batang. 

Biji-biji hibiscus rosa sinensis yang sedang bercambah
Sebelum ini saya pun tak pernah terfikir untuk menanam bunga raya (hibiscus rosa sinensis) daripda biji. Sehinggalah saya menyertai group Facebook "International Hibiscus Society". Saya sudah lama mengumpul bunga raya, sejak dua tahun lepas. Akan tetapi bunga raya yang saya miliki hanyalah kultivar yang biasa didapati di nursery tempatan. Kegilaan mengumpul bunga raya menyebabkan saya sanggup melawat nursery setiap negeri dan paling kronik, saya akan membawa gunting pokok ke mana saja saya pergi. Saya pastikan ada gunting poko  di dalam kereta. Untuk apa? Supaya senang saya nak minta keratan sekiranya terjumpa bunga raya yang tak pernah saya miliki.

Antara koleksi pada awal kegiatan mengumpul bunga raya.
Selepas suatu ketika, saya stop mengumpul bunga raya sebab dah tak ada kultivar yang baru di nursery. Lagipun, orang sudah mula sibuk dengan trend ros, petunia, portulaca dan sebagainya.

Apabila seorang rakan daripada Puerto Rico menjemput saya untuk menyertai group "International Hibiscus Society" di Facebook, kemaruk untuk saya kumpul bunga raya marak semula. Kultivar-kultivar bunga raya di luar negara semuanya luar biasa cantiknya. Satu kuntum ada lebih daripada 2 warna, malah ada yang bertompok dan berbelang! Tapi kegeraman saya meluap-luap sebab kultivar-kultivar yang ada di Malaysia sangat terhad! Saya pernah terfikir nak beli daripada luar negara tapi mereka ada minimum order sehingga mencecah RM2K! Saya jadi putus asa.

Saya suarakan kesedihan pada beberapa rakan bunga raya daripada dalam dan luar negara dan mereka beri berita gembira. Ramai rakan mencadangkan agar saya beli biji bunga raya. Lebih murah dan pos lebih murah. Wah! Saya macam tak percaya pula bunga raya boleh ditanam menggunakan biji. Dek gembira, saya beli beberapa biji daripada luar negara. Waktu tu sebiji bernilai USD3 (lebih kurang RM9 sebiji). Ada juga beberapa biji benih diberi sebagai hadiah oleh rakan berkebun, Angeline (benih dibeli daripada India). Oleh kerana tak sabar, saya terus tanam biji tanpa melakukan bacaan dan research terlebih dahulu. Akhirnya semua biji benih mati! Sedihnya masa tu... (Kita simpan kisah kegagalan tu untuk entri lain, hehehe)

Nak dipendekkan cerita, saya akhirnya berjaya juga buat biji bunga raya bercambah. Prosesnya agak advance  dan ada langkah-langkah tertentu. Daripada penyediaan tanah dan biji. Peringkat dua hingga tiga bulan pertama, anak-anak hibiscus rosa sinenses memerlukan perhatian yang sangat tinggi, terutamanya tahap air, kenapasan, cahaya dan serangan serangga perosak. Bila dah besar lebih sejengkal, anak-anak bunga raya lebih kuat ketahanannya.

Jika anda menanam bunga raya daripada biji, anak pokok biasanya memerlukan lebih kurang setahun untuk berbunga. Jadi, boleh saya katakan hobi ini hanya untuk orang yang sabar.

Setiap penantian yang setia ada manisnya. Selepas lebih kurang setahun, kebanyakan anak-anak bunga raya saya dah berbunga! Dan warna-warna mereka sangat unik. Aduh, senyum lebar saya waktu tu. Anak-anak hibiscus rosa sinensis daripada biji akan menghasilkan warna yang unik dan lain daripada mak bapak mereka. Unik di sini bermaksud tiada bunga raya lain yang saya dengannya. Dan hanya saya yang ada bunga raya tersebut. Kita akan dikenali sebagai "grower" dan ada hak untuk memberi nama untuk bunga-bunga tersebut sewaktu mendaftar kultivar tersebut di database "International Hibiscus Society". Di sini saya kongsi beberapa hibiscus yang telah saya daftar.

"Mutiara Zaini", sempena nama ibu saya Zaini md Ali.

Naga Tasik Cini

"Seri Songket" Bunga raya yang paling awal berkembang.


"Sutera Zaini", sempena nama ibu saya, Zaini Md Ali. Kultivar ni sangat diminati ramai!
Saya ada lebih daripada 15 hibiscus daripada biji yang sudah berbunga. Ada banyak lagi anak pokok yang menanti untuk berkembang. Kalau nak cerita tentang menanam bunga raya daripada biji dalam entri ni memang tak cukup. Kita jumpa lagi dalam entri lain.

Selamat berkebun!

6 comments:

  1. saya pon berminat dgn bunga raya...tolong watsapp no. 017-3030762 tq

    ReplyDelete
  2. Salam kak..minat sgt..tolong whatapps saya juga..nak belajar..012-6294950, kalo dekat saya nak jengah tengok ☺

    ReplyDelete
  3. Salam, saya pun ada membeli biji benihbunga raya dr ebay. Setakat ni masih gagal nak hidup. Jika dpt nak juga belajar ilmu menanam bungarayadr benih

    ReplyDelete
  4. Selamat pagi...saya berminat dgn bunga raya...kalau ada seed bunga raya utk d jual tlg wtsap saya 0143395757

    ReplyDelete
  5. Saya minat nak beli ank pokok bunga raya.
    Kalu bole, wsp 0125167000.
    Terimakasih.

    ReplyDelete