Tuesday, 16 February 2016

Angan-angan nak buat kebun belakang rumah

Sejak saya pindah ke bandar, ruang untuk berkebun adalah terhad. Tak ada tanah yang lapang untuk menanam. Semuanya konkrit.

Tapi, kalau dan suka berkebun, apa saja cara akan kita cari asalkan dapat berkebun. Memandangkan tak ada ruang nak mencangkul, terpaksalah saya guna konsep container gardening. Kalau kita search tentang container gardening, memang banyak gambar-gambar yang jadi sumber inspirasi macam kat bawah ni:


Dua gmbar di atas bukan gambar saya. Saya Google kat internet je. semua dalam pasu. Nampak mudah tapi cantik kan? Selepas saya tengok gambar-gambar tu semua, saya rasa tak sabar-sabar nak tanam sayur dan bunga dalam pasu. 

Ok, gambar tadi semua cantik. Bila saya snap gambar kebun saya, gambar tu adalah seperti ini:

Gambar container garden yang tak akan jadi sumber inspirasi hahahaha.
Hahaha. Langsung tak ada nilai estetika. Tak cantik langsung! Saya pujuk diri, mungkin selepas beberapa bulan, pokok dah besar, semuanya akan nampak lebih merimbun. 

Nak laksanakan container gardening  tidaklah semudah yang saya sangka. Saya kena beli pasu dan tanah. Ini bermakna saya kena keluarkan wang yang banyak untuk beli semua tu. Ada yang mencadangkan untuk guna bekas terpakai tapi saya tak ada langsung bekas terpakai yang besar.

Kalau anda perhatikan gambar kebun saya yang tak senonoh tu, anda akan perasan ada tangki air warna hitam. Demi nak berkebun, saya kutip tangki tu daripada belakang rumah orang. Apa saja demi berkebun! Berapa bungkus tanah yang saya guna untuk penuhkan tangki tu? Sangat banyak. nantilah saya cerita kat entri lain.

1 comment:

  1. Tanam gantung2 je, pakai botol plastik. Mmg huduh, tp kene pandai pilih pokok utk sorok kehuduhan mereka.

    ReplyDelete