Saturday 13 February 2016

Gila Biji

Wah wah wah... kalau baca tajuk tu berdebar-debar dada sebab lain macam je bunyinya. Hahaha. Yang sebenarnya saya nak kongsi kegilaan saya menyemai biji benih dalam beberapa minggu ni. 

Kisah bermula apabila saya terjumpa bungkusan biji benih yang saya beli daripada www.tanamsendiri.com pada lewat 2014. Disebabkan waktu tu saya sedang dalam fasa berpindah rumah, bungkusan benih tu hilang begitu saja. Saya tersalah letak dan terus lupa. 
Minggu lepas saya kemas rumah mak di Johor. Saya terjumpa bungkusan biji tu! What a surprise!
Biji benih yang saya beli daripada www.tanamsendiri.com
Banyak juga yang saya beli waktu tu. Tak pasti lah samada masih boleh bercambah atau tak. Saya dah cuba semai beberapa biji benih petang tadi. Kita tunggu dan lihat saja lah.

Saya sedang dalam usaha menanam sayur sendiri di belakang rumah. Rumah yang saya diami ni rumah teres, kawasan depan rumah dah renovate menjadi tempat letak kereta berbumbung. Habis semua tanah arwah ayah simenkan. Nak tak nak terpaksa tanam belakang rumah, di dalam pasu-pasu.

Saya berminat nak menanam sayuran dan buah-buahan unik. Saya beli beberapa biji daripada rakan Facebook, Mieyza. Antaranya kohlrabi dan brussel sprout. Benih bunga pun saya beli jugak. Tak sah kalau orang yang minat berkebun tak beli biji bunga.

Biji benih yang saya beli daripada Mieyza.

Kalau anda beminat nak beli biji benih daripada Mieyza, bolehlah mencari Facebook group "SEEDS GALORE". Ia sebuah group tertutup dan anda perlu meminta Mieyza invite anda. Sebungkus biji benih hanya RM2.
 
Selain biji benih, SEEDS GALORE juga menjual bebawang gladiolus. Dah terbukti oleh beberapa pembeli yang menanam gladiolus di Malaysia dan berbunga dengan meriahnya.

Dek kerana tamak, saya beli juga biji benih daripada nursery tempatan. Hahaha. Saya sambar 3 benih  - pak choy, terung panjang dan tomato. Pak choy tu saya dah semai 2 hari lepas. Sudah bercambah pun. Nanti saya update tentang mereka.

Jumlah biji benih dalam paket boleh tahan banyak.

0 komen:

Post a Comment