Wednesday 17 February 2016

Siapa sangka biji epal boleh bercambah dalam peti sejuk?

Semuanya bermula selepas saya baca artikel online tentang cara-cara untuk buat biji epal bercambah. Tak sangka pula betul betul keluar akar!

Caranya senang sahaja. Saya pilih biji-biji daripada epal yang saya beli daripada bahagian buah-buahan di pusat beli belah. Kemudian saya letak atas tisu lembab, di dalam bekas lutsinar bertutup.  Mesti ada tutup supaya biji tak kering. Saya letak dalam peti sejuk di bahagian simpanan telur. Setiap hari saya periksa seandainya ada perubahan atau kulat. Kalau tisu lembab tu berkulat, saya ganti tisu baru.
Selepas 3 minggu, biji-biji epal mula merekah. Selepas 4 minggu akar mula keluar. Gambar-gambar yang saya sertakan ni biji-biji epal dah berumur dekat 2 bulan.


Apa nak buat selepas ni? Lama juga masa yang saya ambil untuk bertanya kawan-kawan yang pernah buat benda yang sama. Rata-rata mengatakan selepas ni boleh pindahkan dalam pasu bersama media tanah. Tak boleh terus kenakan panas. Mesti perlahan-lahan supaya tak terkejut. Ye lah, baru saja keluar daripada peti sejuk, takkan nak terus letak tempat panas.

Ada rakan di Malaysia mengatakan ada beberapa gardeners di Malaysia ada menanam epal daripada biji dan berbuah! Akan tetapi buahnya lebih kecil daripada epal yang dijual secara komersil. Tak apalah, yang penting boleh berbuah. Ini yang membuatkan saya semakin bersemangat. 

Saya rancang nak alihkan anak-anak benih epal ni ke pasu petang esok.

0 komen:

Post a Comment